Assalamualaikum semua........
Kali
 ni amad akn share sumtin perkara yg pada mulanya kita terlepas pandang. 
Tapi hakikatnya, kita telah melakukan dosa yang TERAMAT BESAR. 
Bayangkanlah, kalu kita lakukannya selalu tanpa kita sedari. 
MasyaAllah...... 
Dengan perkongsian mad pada kali ini, Amd harap sahabat2 sadar dan berubah...........
Jom kita baca..................
Bagi mereka yang mendaftarkan 
akaun Facebook dan aktif menggunakannya pasti sedia maklum bahawa antara
 aplikasi menarik di dalam Facebook ialah membuat kuiz. Sesiapa sahaja 
yang mempunyai akaun Facebook boleh mencipta apa sahaja kuiz dengan 
hanya mengikuti aturan-aturan yang mudah. Kini, kedapatan lambakan 
bentuk kuiz yang tersedia dalam Facebook, dan sesetengah pengguna 
menjadi ketagih dengan kuiz-kuiz ini.
Dari sisi positif, aplikasi kuiz
 ini boleh dimanfaatkan sebagai satu medium dakwah yang menarik. Iaitu 
dengan mencipta kuiz-kuiz berbentuk ilmiah dan keagamaan. 
Sekurang-kurangnya pencipta kuiz boleh mempelajari skill membuat soalan 
yang berkesan dan pengguna yang menyertainya pula dapat mengulangkaji 
maklumat-maklumat yang mungkin sudah lama ditinggalkan.
Malangnya, kebebasan mencipta 
kuiz di Facebook telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna dengan 
membuat kuiz-kuiz yang boleh mencemarkan akidah dan kepercayaan. 
Antaranya kuiz horoskop, kuiz ramalan nasib, kuiz ramalan jodoh, kuiz 
ramalan di mana dan bila anda mati dan lain-lain.  
Contohnya, dalam kuiz ‘Singkap 
Rahsia di Sebalik Nama’, jika seseorang bernama ALI menyertainya, 
setelah mengikuti aturan ringkas, jawapan yang akan diberikan adalah 
seperti di bawah:
Nombor Rahsia disebalik nama anda ialah : 4
 
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Jika anda mengikuti kuiz 
‘Singkap Rahsia Nombor Lahir Anda’ pula, dan anda memasukkan sebagai 
contoh tarikh 1 Januari 1979, maka ramalan yang tertera ialah:
1 + 1 + 1979 = 1981
1 + 9 + 8 + 1 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
Nombor Tarikh Lahir anda ialah :1
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
 
Tidakkah satu kejahilan tentang 
agama dan kebebalan yang melampau, apabila sikap seseorang insan boleh 
diketahui melalui ejaan namanya atau susunan tarikh lahirnya? Sejak 
bilakah Allah Taala menjadikan ejaan nama seseorang dan susunan tarikh 
lahir sebagai alamat bagi sifatnya?
Malah, terdapat juga kuiz-kuiz 
yang lebih dahsyat seperti kuiz meramalkan di mana dan bilakah anda 
mati. Berdasarkan soalan-soalan dalam kuiz seperti ini, saya percaya 
bahawa orang yang membuat kuiz ini hanya main-main sahaja. Tidak 
berdasarkan kepada mana-mana teori atau falsafah.
Contohnya, saya menjawab secara rambang satu kuiz bertajuk ‘Di mana kamu mati’. Jawapan yang tertera ialah:
Di Rumah.
Lu mati jatuh dari tangga paling atas ke bawah tanggal 03 Maret 2014.
KEWAJIPAN MEMELIHARA AKIDAH
Berdepan dengan kemunculan 
tukang ramal dan ahli nujum moden di dalam Facebook, kita sebagai orang 
beriman wajib mempelajari dan memelihara akidah yang sahih. Agar dapat 
mengelak daripada kemurkaan Allah, dan membezakan antara hak dan batil.
Ramalan nasib, ramalan kematian,
 dan ramalan jodoh yang berasaskan kepada kaedah nama, warna kegemaran, 
dan seumpamanya adalah satu pencemaran dalam akidah Qadha’ dan Qadar. 
Kerana ilmu tentang perkara ghaib adalah hak mutlak Allah Taala, yang 
tidak dikongsikan dengan sesiapa pun kecuali yang dikhabarkan kepada 
rasul-rasulNya.
Allah menegaskan dalam Al-Quran:
عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ
Maksudnya: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia 
tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun.
 Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya. (Al-Jinn: 25-26).
HUKUM BERTANYA TUKANG RAMAL
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi 
Wasallam telah melarang umatnya daripada bertemu dengan tukang ramal, 
apatah lagi mempercayai ramalannya.
Sabda baginda:
من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة 
Maksudnya, “Sesiapa mendatangi 
tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima 
sembahyang baginya selama empat puluh malam”. (Direkod oleh Muslim).
Di dalam hadis lain:
مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُول فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّد
Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu mempercayai apa yang 
dikatakannya, maka dia telah kufur kepada apa yang diturunkan ke atas 
Muhammad”. (Direkod oleh Ashab Al-Sunan).
Mendatangi tukang ramal bukanlah
 satu kekufuran atau syirik secara mutlak. Menurut Syeikh Al-Utsaimin, 
ia boleh dibahagikan kepada tiga katagori.
Pertama: Orang 
yang datang kepada tukang ramal untuk bertanya ramalan sesuatu, tetapi 
tidak mempercayainya. Perbuatan ini adalah haram, dan balasannya ialah 
tidak diterima sembahyang selama 40 hari.
Kedua: Orang 
yang bertanya tukang ramal, dan mempercayai apa yang diramalnya. 
Perbuatan ini selain haram, ia menyebabkan jatuh kafir kepada Allah. 
Kerana mempercayai bahawa tukang ramal mengetahui perkara-perkara ghaib 
yang merupakan hak mutlak Allah. Ia juga satu bentuk mendustakan 
ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa ilmu ghaib adalah kepunyaan 
Allah semata-mata.
Ketiga: Orang 
yang bertanya tukang ramal kerana maslahah untuk menyelidiki dakwaannya.
 Supaya dapat dijelaskan pendustaannya atau diambil tindakan 
terhadapnya. Tindakan ini adalah harus sebagaimana Nabi Sallallahu 
Alaihi Wasallam pernah bertanya beberapa soalan terhadap Ibn Shoyyad.
Justeru, sebelum pengguna Facebook menyertai kuiz-kuiz ramalan, pastikan dulu dia termasuk dalam kategori manakah.
SEKADAR MAIN-MAIN
Sesetengah penagih kuiz-kuiz ini
 mempertahankan tindakan mereka dengan hujah kuiz-kuiz ramalan itu 
hanyalah satu bentuk permainan merehatkan minda sahaja, tanpa 
mempercayainya.
Sedarkah mereka bahawa dalam 
perkara Akidah, kita dilarang menjadikannya sebagai main-mainan dan 
olok-olokan? Bolehkah akidah tentang qadha dan qadar dijadikan 
main-mainan? Akidah bahawa Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib 
boleh dijadikan bahan mainan?
Di samping itu, adakah kita 
pasti kuiz-kuiz seperti itu langsung tidak memberi kesan kepada akidah 
pengguna Facebook yang rata-ratanya adalah remaja dan muda-mudi? Bagi 
saya, kuiz-kuiz ramalan di dalam Facebook adalah satu fitnah terhadap 
pengguna-pengguna Muslim, terutama mereka yang cetek ilmu agama.
Mereka yang bertanggungjawab 
mencipta kuiz-kuiz ini, hendaklah bertaubat kepada Allah kerana 
perbuatan mereka boleh membawa fitnah dan bencana kepada akidah orang 
Islam lain. Allah berfirman:
إِنَّ
 الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا
 فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ
Maksudnya, “Sesungguhnya 
orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki
 yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka 
tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam dan mereka
 akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar. (Al-Buruj: 10).
Dipetik dari  http://abuumair1.wordpress.com/2009/10/07/kuiz-ramalan-nasib-di-facebook/
So, apa yang patut kita lakukan?
 jarum2 orang kafir mudah sahaja merosakkan iman kita........ Musahabah 
diri, dan mulalah berubah... InsyaAllah.....