![]()  | 
SENTIASA uruskan masa dengan bijak agar anda boleh mengecapi kejayaan dalam kehidupan. 
SENTIASA uruskan masa dengan bijak agar anda boleh mengecapi kejayaan dalam kehidupan.  | 
KECEMERLANGAN merupakan dambaan setiap yang bernama pelajar. Namun, meraih kecemerlangan memerlukan pengorbanan dan ada caranya.
Di sini disertakan beberapa tip untuk menjadi pelajar cemerlang dan seimbang dalam setiap segi.
1. Tentukan visi anda
Sebagai
 seorang pelajar, anda mestilah memiliki visi yang jelas ke mana hala 
tuju anda. Tanpanya, seseorang individu akan mudah terlupa ataupun 
tersasar daripada matlamat sebenar.
Seseorang
 yang mempunyai visi yang jelas adalah yang berkarisma, menghargai masa,
 bercita-cita tinggi, berkomitmen tinggi dan pragmatis atau praktikal.
2. Aturkan langkah anda
Susun dan tulis rancangan perlaksanaan visi atau cita-cita mengikut jangka waktu yang anda ingini. Ini akan membantu anda berada 'di atas landasan' dan 'tiba ke destinasi' pada waktu yang telah ditetapkan.
3. Rancang masa depan anda sekarang

KEJAYAAN tidak akan dapat dinikmati sebaik mungkin tanpa kesihatan yang baik.
Membuat
 pilihan yang bijak di usia muda dan mula merancang pelan hidup seawal 
mungkin dapat membantu anda mengelakkan kegagalan atau kekecewaan dalam 
hidup.
4. Luangkan masa untuk bertindak
Setiap manusia diberikan 24 jam setiap hari, hanya yang bijak mampu menggunakan
 waktu tersebut sebaik mungkin. Uruskan masa dengan bijak. Buat jadual 
harian, luangkan masa untuk membaca, beri sedikit masa untuk beriadah, 
sentiasa meluangkan masa untuk merealisasikan visi anda.
5. Konsisten dan jangan mudah mengalah
Percaya
 teguh kepada diri sendiri. Jangan biarkan kegagalan kecil mematahkan 
semangat anda! Mudah mengaku kalah kepada diri sendiri adalah mereka 
yang tidak akan berjaya dan kurang percaya kepada kemampuan diri 
sendiri.
6. Tumpukan perhatian kepada matlamat anda
Jangan
 biarkan diri anda leka dengan gangguan-gangguan persekitaran: pengaruh 
rakan sebaya, aktiviti yang melalaikan dan masalah remeh temeh. Sentiasa
 fokus kepada apa yang anda mahu iaitu mahu berjaya!
7. Percaya kepada pertolongan Tuhan dan usaha sendiri
Allah
 menciptakan setiap manusia untuk berjaya di muka bumiNya, bukan untuk 
menemui jalan gagal. Namun begitu, untuk mengecapi kejayaan, manusia 
perlu berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa percaya kepada 
pertolongan Allah.
8. Solat dan doa
Solat dan berdoa adalah cara bagi manusia untuk berhubung dengan Tuhan. Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah universiti
 antarabangsa membuktikan bahawa berdoa dapat memberi kekuatan mental 
dan fizikal pesakit bagi menyembuhkan penyakit kritikal.
![]()  | 
SETIAP remaja yang ingin mengecapi kejayaan perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh. 
 | 
9. Pupuk perasaan cinta dan jangan membenci
Perasaan cinta membantu anda untuk berjaya dan membawa ke tahap yang lebih tinggi. Jangan sesekali membenci orang lain, walaupun mereka pernah melakukan kejahatan kepada anda.
10. Belajar daripada kesilapan
Manusia
 yang bijak adalah mereka yang mengaku kesilapan sendiri dan belajar 
memperbetulkannya. Kesilapan bukanlah suatu kegagalan, sebaliknya 
permulaan kepada sebuah kejayaan. Belajarlah daripada kesilapan sendiri 
dan juga kesilapan orang lain. Jangan biarkan ia berulang.
11. Sokongan keluarga yang kuat
Ibubapa adalah tunjang kepada kejayaan anak-anak dan begitulah sebaliknya. Kebanyakan kegagalan remaja hari ini berpunca daripada masalah keluarga di rumah yang disebabkan oleh pertelingkahan ibu bapa.
12. Berkawan dengan ramai orang
Tidak
 salah berkongsi masalah dengan rakan-rakan, tetapi perlu berhati-hati 
dalam memilih kawan yang sesuai. Individu berjaya selalunya mempunyai 
ramai kawan.
13. Gambarkan destinasi kejayaan anda
Realiti tidak akan tercipta tanpa fantasi. Tidak salah menjadi Mat Jenin. Setiap kejayaan bermula dengan cita-cita dan angan-angan.
14. Berdisiplin
Individu yang berdisiplin adalah individu yang sentiasa proaktif dan tidak gemar 'curi tulang'.
15. Amalkan gaya hidup sihat
Kejayaan tidak akan dapat dinikmati
 sebaik mungkin tanpa kesihatan yang baik. Bersenam dan jaga pemakanan 
untuk mengekalkan kesihatan dan menghindari penyakit-penyakit berbahaya.
16. Sentiasa jujur
Jangan
 suka berbohong dan berpura-pura. Jadilah manusia yang baik, jujur dan 
telus. Kejayaan tidak bermakna sekiranya terhasil dari usaha yang tidak 
jujur dan penuh dengan tipu muslihat.
17. Hargai masa
Masa
 hendaklah sentiasa dimanfaatkan dengan melakukan perkara-perkara yang 
hanya membawa kebaikan kepada diri kita dan orang di sekitar.
18. Sayangilah diri anda sendiri
Jangan
 terlalu fokus kepada "ketidaksempurnaan" atau kelemahan anda. Sentiasa 
percaya bahawa setiap individu mempunyai kelebihan dan keistimewaan 
tersendiri.
19. Jangan sentiasa mengutamakan diri sendiri
Berusaha
 mengecapi kejayaan tidak bermakna anda hanya harus mengutamakan diri 
anda sendiri setiap masa. Membantu orang lain untuk berjaya adalah satu 
ibadah dan dapat membantu kejayaan diri anda juga. Jangan sekali-kali tamak pada kejayaan.
20. Sentiasa di kalangan orang-orang yang berjaya
Bergaul
 dengan orang-orang yang berjaya atau mahu berjaya dapat membantu 
seseorang itu untuk mencapai kejayaannya sendiri. Perolehi inspirasi 
daripada kejayaan orang lain. Banyakkan membaca buku tentang tokoh-tokoh
 ternama yang telah berjaya dalam hidup mereka.
Jadikan kejayaan mereka sebagai panduan untuk terus mencapai kegemilangan.
Sebenarnya kita semua tahu rahsia ni..... tapi kita kekurangan dalam tindakan...... action is louder than word...Kalau nak berjaya,
 usaha itu amatlah penting. Semuanya terpulang kepada kita. Allah tak 
akan ubah sesuatu kaum itu sehinggalah kaum tersebut cuba untuk 
berubah..... insyaAllah...


Tidak ada komentar:
Posting Komentar