Kamis, 21 April 2011

Aku Menilik Nasib? Biar betul ?

Assalamualaikum semua........



Kali ni amad akn share sumtin perkara yg pada mulanya kita terlepas pandang. Tapi hakikatnya, kita telah melakukan dosa yang TERAMAT BESAR. Bayangkanlah, kalu kita lakukannya selalu tanpa kita sedari. MasyaAllah...... 


Dengan perkongsian mad pada kali ini, Amd harap sahabat2 sadar dan berubah...........


Jom kita baca..................




kuiz


Bagi mereka yang mendaftarkan akaun Facebook dan aktif menggunakannya pasti sedia maklum bahawa antara aplikasi menarik di dalam Facebook ialah membuat kuiz. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook boleh mencipta apa sahaja kuiz dengan hanya mengikuti aturan-aturan yang mudah. Kini, kedapatan lambakan bentuk kuiz yang tersedia dalam Facebook, dan sesetengah pengguna menjadi ketagih dengan kuiz-kuiz ini.
Dari sisi positif, aplikasi kuiz ini boleh dimanfaatkan sebagai satu medium dakwah yang menarik. Iaitu dengan mencipta kuiz-kuiz berbentuk ilmiah dan keagamaan. Sekurang-kurangnya pencipta kuiz boleh mempelajari skill membuat soalan yang berkesan dan pengguna yang menyertainya pula dapat mengulangkaji maklumat-maklumat yang mungkin sudah lama ditinggalkan.
Malangnya, kebebasan mencipta kuiz di Facebook telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna dengan membuat kuiz-kuiz yang boleh mencemarkan akidah dan kepercayaan. Antaranya kuiz horoskop, kuiz ramalan nasib, kuiz ramalan jodoh, kuiz ramalan di mana dan bila anda mati dan lain-lain. 
Contohnya, dalam kuiz ‘Singkap Rahsia di Sebalik Nama’, jika seseorang bernama ALI menyertainya, setelah mengikuti aturan ringkas, jawapan yang akan diberikan adalah seperti di bawah:
ALI: 1+3+9=13
1 + 3 = 4
Nombor Rahsia disebalik nama anda ialah : 4
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Jika anda mengikuti kuiz ‘Singkap Rahsia Nombor Lahir Anda’ pula, dan anda memasukkan sebagai contoh tarikh 1 Januari 1979, maka ramalan yang tertera ialah:
1 + 1 + 1979 = 1981
1 + 9 + 8 + 1 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
Nombor Tarikh Lahir anda ialah :1
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Tidakkah satu kejahilan tentang agama dan kebebalan yang melampau, apabila sikap seseorang insan boleh diketahui melalui ejaan namanya atau susunan tarikh lahirnya? Sejak bilakah Allah Taala menjadikan ejaan nama seseorang dan susunan tarikh lahir sebagai alamat bagi sifatnya?
Malah, terdapat juga kuiz-kuiz yang lebih dahsyat seperti kuiz meramalkan di mana dan bilakah anda mati. Berdasarkan soalan-soalan dalam kuiz seperti ini, saya percaya bahawa orang yang membuat kuiz ini hanya main-main sahaja. Tidak berdasarkan kepada mana-mana teori atau falsafah.
Contohnya, saya menjawab secara rambang satu kuiz bertajuk ‘Di mana kamu mati’. Jawapan yang tertera ialah:
Di Rumah.
Lu mati jatuh dari tangga paling atas ke bawah tanggal 03 Maret 2014.

KEWAJIPAN MEMELIHARA AKIDAH


Berdepan dengan kemunculan tukang ramal dan ahli nujum moden di dalam Facebook, kita sebagai orang beriman wajib mempelajari dan memelihara akidah yang sahih. Agar dapat mengelak daripada kemurkaan Allah, dan membezakan antara hak dan batil.
Ramalan nasib, ramalan kematian, dan ramalan jodoh yang berasaskan kepada kaedah nama, warna kegemaran, dan seumpamanya adalah satu pencemaran dalam akidah Qadha’ dan Qadar. Kerana ilmu tentang perkara ghaib adalah hak mutlak Allah Taala, yang tidak dikongsikan dengan sesiapa pun kecuali yang dikhabarkan kepada rasul-rasulNya.
Allah menegaskan dalam Al-Quran:

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ

Maksudnya: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun. Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya. (Al-Jinn: 25-26).

HUKUM BERTANYA TUKANG RAMAL


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah melarang umatnya daripada bertemu dengan tukang ramal, apatah lagi mempercayai ramalannya.
Sabda baginda:
من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة
Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima sembahyang baginya selama empat puluh malam”. (Direkod oleh Muslim).
Di dalam hadis lain:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُول فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّد

Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur kepada apa yang diturunkan ke atas Muhammad”. (Direkod oleh Ashab Al-Sunan).
Mendatangi tukang ramal bukanlah satu kekufuran atau syirik secara mutlak. Menurut Syeikh Al-Utsaimin, ia boleh dibahagikan kepada tiga katagori.
Pertama: Orang yang datang kepada tukang ramal untuk bertanya ramalan sesuatu, tetapi tidak mempercayainya. Perbuatan ini adalah haram, dan balasannya ialah tidak diterima sembahyang selama 40 hari.
Kedua: Orang yang bertanya tukang ramal, dan mempercayai apa yang diramalnya. Perbuatan ini selain haram, ia menyebabkan jatuh kafir kepada Allah. Kerana mempercayai bahawa tukang ramal mengetahui perkara-perkara ghaib yang merupakan hak mutlak Allah. Ia juga satu bentuk mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa ilmu ghaib adalah kepunyaan Allah semata-mata.
Ketiga: Orang yang bertanya tukang ramal kerana maslahah untuk menyelidiki dakwaannya. Supaya dapat dijelaskan pendustaannya atau diambil tindakan terhadapnya. Tindakan ini adalah harus sebagaimana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bertanya beberapa soalan terhadap Ibn Shoyyad.
Justeru, sebelum pengguna Facebook menyertai kuiz-kuiz ramalan, pastikan dulu dia termasuk dalam kategori manakah.

SEKADAR MAIN-MAIN


Sesetengah penagih kuiz-kuiz ini mempertahankan tindakan mereka dengan hujah kuiz-kuiz ramalan itu hanyalah satu bentuk permainan merehatkan minda sahaja, tanpa mempercayainya.
Sedarkah mereka bahawa dalam perkara Akidah, kita dilarang menjadikannya sebagai main-mainan dan olok-olokan? Bolehkah akidah tentang qadha dan qadar dijadikan main-mainan? Akidah bahawa Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib boleh dijadikan bahan mainan?
Di samping itu, adakah kita pasti kuiz-kuiz seperti itu langsung tidak memberi kesan kepada akidah pengguna Facebook yang rata-ratanya adalah remaja dan muda-mudi? Bagi saya, kuiz-kuiz ramalan di dalam Facebook adalah satu fitnah terhadap pengguna-pengguna Muslim, terutama mereka yang cetek ilmu agama.
Mereka yang bertanggungjawab mencipta kuiz-kuiz ini, hendaklah bertaubat kepada Allah kerana perbuatan mereka boleh membawa fitnah dan bencana kepada akidah orang Islam lain. Allah berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ
Maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar. (Al-Buruj: 10).

Dipetik dari  http://abuumair1.wordpress.com/2009/10/07/kuiz-ramalan-nasib-di-facebook/

So, apa yang patut kita lakukan? jarum2 orang kafir mudah sahaja merosakkan iman kita........ Musahabah diri, dan mulalah berubah... InsyaAllah.....

Rabu, 13 April 2011

6 perkara Allah SWT sembunyikan ,,,...

Assalamualaikum......






6 perkara Allah sembunyikan


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud; 

'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad..' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan
solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?' 

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu  tidak akansampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.Ttelah menyembunyikan enam perkara iaitu :




* Allah S.W.T telah menyembunyikan ridha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat   yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia... 


Jadi, madd mengharapkan agar kita berusaha untuk memperbaiki diri kita ini yang serba serbi kekurangan......InsyaAllah......

Selasa, 12 April 2011

Secara Tidak Sadar , Kita mendzolimi Ibu Kita

semakin jauh kaki ini melangkah, semakin luas permandangan yang kita lihat. Namun begitu, pengembaraan kita menyebabkan kita terpaksa meninggalkan orang-orang yang kita sayang. Namun begitu, sedar atau tidak, kadang2 kita tidak sedar bahawa, kita mungkin melukakan hati Ibu kita.....




Renung renung kanlah !!!

-Bila seronok, aku cari....
pasanganku
-Bila sedih, aku cari....
Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....
pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada...
.Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....
pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....
Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....
pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada
pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan
"Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat
pasanganku
-Selalu....
Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon
pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon
Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk
pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk
Mak?
-
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya........

-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
-
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup.
mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup.....
membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup.......
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup
berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Akhir kata SAYANGILAH IBUBAPA KITA,TANPA MEREKA SIAPALAH KITA,..............

mungkin satu hari nanti kita juga akan mempunyai anak-anak. Tika kita dimamah usia, sanggupkah kita diperlakukan sebegini? sepertimana yang dilakukan kita kepada PAMA kita ketika mereka uzur?

Perbuatan yang baik akan mendapat, pembalasan yang baik.... InsyaAllah....

Selasa, 05 April 2011

Rahasia Pelajar CemerLang

SENTIASA uruskan masa dengan bijak agar anda boleh mengecapi kejayaan dalam kehidupan.
SENTIASA uruskan masa dengan bijak agar anda boleh mengecapi kejayaan dalam kehidupan.


KECEMERLANGAN merupakan dambaan setiap yang bernama pelajar. Namun, meraih kecemerlangan memerlukan pengorbanan dan ada caranya.
Di sini disertakan beberapa tip untuk menjadi pelajar cemerlang dan seimbang dalam setiap segi.
1. Tentukan visi anda
Sebagai seorang pelajar, anda mestilah memiliki visi yang jelas ke mana hala tuju anda. Tanpanya, seseorang individu akan mudah terlupa ataupun tersasar daripada matlamat sebenar.
Seseorang yang mempunyai visi yang jelas adalah yang berkarisma, menghargai masa, bercita-cita tinggi, berkomitmen tinggi dan pragmatis atau praktikal.
2. Aturkan langkah anda
Susun dan tulis rancangan perlaksanaan visi atau cita-cita mengikut jangka waktu yang anda ingini. Ini akan membantu anda berada 'di atas landasan' dan 'tiba ke destinasi' pada waktu yang telah ditetapkan.
3. Rancang masa depan anda sekarang

KEJAYAAN tidak akan dapat dinikmati sebaik mungkin tanpa kesihatan yang baik.


Membuat pilihan yang bijak di usia muda dan mula merancang pelan hidup seawal mungkin dapat membantu anda mengelakkan kegagalan atau kekecewaan dalam hidup.
4. Luangkan masa untuk bertindak
Setiap manusia diberikan 24 jam setiap hari, hanya yang bijak mampu menggunakan waktu tersebut sebaik mungkin. Uruskan masa dengan bijak. Buat jadual harian, luangkan masa untuk membaca, beri sedikit masa untuk beriadah, sentiasa meluangkan masa untuk merealisasikan visi anda.
5. Konsisten dan jangan mudah mengalah
Percaya teguh kepada diri sendiri. Jangan biarkan kegagalan kecil mematahkan semangat anda! Mudah mengaku kalah kepada diri sendiri adalah mereka yang tidak akan berjaya dan kurang percaya kepada kemampuan diri sendiri.
6. Tumpukan perhatian kepada matlamat anda
Jangan biarkan diri anda leka dengan gangguan-gangguan persekitaran: pengaruh rakan sebaya, aktiviti yang melalaikan dan masalah remeh temeh. Sentiasa fokus kepada apa yang anda mahu iaitu mahu berjaya!
7. Percaya kepada pertolongan Tuhan dan usaha sendiri
Allah menciptakan setiap manusia untuk berjaya di muka bumiNya, bukan untuk menemui jalan gagal. Namun begitu, untuk mengecapi kejayaan, manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa percaya kepada pertolongan Allah.
8. Solat dan doa
Solat dan berdoa adalah cara bagi manusia untuk berhubung dengan Tuhan. Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah universiti antarabangsa membuktikan bahawa berdoa dapat memberi kekuatan mental dan fizikal pesakit bagi menyembuhkan penyakit kritikal.
SETIAP remaja yang ingin mengecapi kejayaan perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh.


9. Pupuk perasaan cinta dan jangan membenci
Perasaan cinta membantu anda untuk berjaya dan membawa ke tahap yang lebih tinggi. Jangan sesekali membenci orang lain, walaupun mereka pernah melakukan kejahatan kepada anda.
10. Belajar daripada kesilapan
Manusia yang bijak adalah mereka yang mengaku kesilapan sendiri dan belajar memperbetulkannya. Kesilapan bukanlah suatu kegagalan, sebaliknya permulaan kepada sebuah kejayaan. Belajarlah daripada kesilapan sendiri dan juga kesilapan orang lain. Jangan biarkan ia berulang.
11. Sokongan keluarga yang kuat
Ibubapa adalah tunjang kepada kejayaan anak-anak dan begitulah sebaliknya. Kebanyakan kegagalan remaja hari ini berpunca daripada masalah keluarga di rumah yang disebabkan oleh pertelingkahan ibu bapa.
12. Berkawan dengan ramai orang
Tidak salah berkongsi masalah dengan rakan-rakan, tetapi perlu berhati-hati dalam memilih kawan yang sesuai. Individu berjaya selalunya mempunyai ramai kawan.
13. Gambarkan destinasi kejayaan anda
Realiti tidak akan tercipta tanpa fantasi. Tidak salah menjadi Mat Jenin. Setiap kejayaan bermula dengan cita-cita dan angan-angan.
14. Berdisiplin
Individu yang berdisiplin adalah individu yang sentiasa proaktif dan tidak gemar 'curi tulang'.
15. Amalkan gaya hidup sihat
Kejayaan tidak akan dapat dinikmati sebaik mungkin tanpa kesihatan yang baik. Bersenam dan jaga pemakanan untuk mengekalkan kesihatan dan menghindari penyakit-penyakit berbahaya.
16. Sentiasa jujur
Jangan suka berbohong dan berpura-pura. Jadilah manusia yang baik, jujur dan telus. Kejayaan tidak bermakna sekiranya terhasil dari usaha yang tidak jujur dan penuh dengan tipu muslihat.
17. Hargai masa
Masa hendaklah sentiasa dimanfaatkan dengan melakukan perkara-perkara yang hanya membawa kebaikan kepada diri kita dan orang di sekitar.
18. Sayangilah diri anda sendiri
Jangan terlalu fokus kepada "ketidaksempurnaan" atau kelemahan anda. Sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.
19. Jangan sentiasa mengutamakan diri sendiri
Berusaha mengecapi kejayaan tidak bermakna anda hanya harus mengutamakan diri anda sendiri setiap masa. Membantu orang lain untuk berjaya adalah satu ibadah dan dapat membantu kejayaan diri anda juga. Jangan sekali-kali tamak pada kejayaan.
20. Sentiasa di kalangan orang-orang yang berjaya
Bergaul dengan orang-orang yang berjaya atau mahu berjaya dapat membantu seseorang itu untuk mencapai kejayaannya sendiri. Perolehi inspirasi daripada kejayaan orang lain. Banyakkan membaca buku tentang tokoh-tokoh ternama yang telah berjaya dalam hidup mereka.
Jadikan kejayaan mereka sebagai panduan untuk terus mencapai kegemilangan.
Sebenarnya kita semua tahu rahsia ni..... tapi kita kekurangan dalam tindakan...... action is louder than word...Kalau nak berjaya, usaha itu amatlah penting. Semuanya terpulang kepada kita. Allah tak akan ubah sesuatu kaum itu sehinggalah kaum tersebut cuba untuk berubah..... insyaAllah...