Sabtu, 18 Juni 2011

_::Ukhtii , haTimu dii jendeLa Duniia __::

Ukhti,..
Jadilah wanita Suci di
tengah ilalang duniawi
Engkau terlahir ke dunia
ini
Untuk membangun
peradaban suci..

Ukhti..,
Ketika kau menemui
pasangan hati
Tetaplah penuhi hati
dengan cinta Ilahi
Ingatkan diri bahwa hari ini
Akan dipertanggung
jawabkan di akhirat nanti..

Ukhti,..
Ketika kau hendak
menjemput asamu
Jangan lupa sertakan Allah
di setiap langkahmu
Sebab hanya Dia yang bisa
dan mampu
Melindungimu di setiap
waktu..

Ukhti..
Ketika ada kehidupan baru
dalam rahimmu
Sertakanlah ia dalam
setiap doa malammu
Mintalah pada Sang Maha
Pemberi Hidup
Agar kelak ia dapat
menjadi Bintang Kecilmu
Yang bisa menerangi
gelapnya langit hatimu..

Ukhti,..
Ketika kehidupan di
rahimmu terlahir ke dunia
Sesungguhnya amanah
besar tengah menantimu
Dia tak hanya menjadi
penyejuk pandanganmu
Tapi juga menjadi penentu
kehidupan akhirmu..

Ukhti,..
Di tanganmu kelak
mereka kan kau bina
Kau beri pengetahuan
tentang Tuhan mereka
Rasul teladan tercinta
mereka
Dan tentang kehidupan
yang fana ini...

Ukhti...
Baik buruk mereka
engkaulah yang mencipta
Pilihkanlah yang terbaik
untuknya
Bermohonlah pada-Nya di
sepertiga malam
Agar kau bisa memasuki
surga-Nya
Bersama mereka dengan
tenteram, ..

Ukhti...
Ketika usiamu mendekati
senja
Selalulah bekali mereka
dengan iman dan taqwa
Agar kelak kau bisa
menghadap Ilahi
Dengan senyum dan
bangga di hati . . .

Hai nama saya Siti , Tapi saya seorang lelaki

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Apakah? apakah yang penulis nak sampaikan ni?

Bertenang..... Bertenang wahai sahabatku....Ini bukan kisah "hot". Tapi untuk membuka mata anda. Terdapatnya spesis yang amat-amat jarang kita lihat. Jika ia adalah haiwan, mungkin kita akan kagum. Namun begitu, bagaimana pula jika ia berkaitan manusia yang cuba mengubah fitrahnya.


Mungkin ada dikalangan anda semua tahu pasal kisah ini, mungkin juga tidak. Kisah penulis yang mahu dikongsikan bersama adalah berkenaan seorang lelaki, yang bernama fazdil atau kini lebih dikenali sebagai Fatine Young... penulis ulang lagi sekali... Fatine Young.

Apa penulis boleh sentuh dan ulaskan dari kes ini adalah

Pertama, kesan makyah dan pengkid semakin serius dan membarah. Golongan ini perlu dibimbing, bukan dipersalahkan semata-mata kerana mereka juga merupakan seorang insan.

Islam membenarkan insan `istimewa`  2 jantina memilih jantina mereka mengikut syara, tetapi penjelasan agama berkaitan dengannya masih asing disisi masyarakat. (mungkin satu hari nanti penulis akan bincangkan berkenaan hal ini)

Kita kembali ketajuk asal kita. Dalam kisah Mohamed Fazdil, dia berkahwin dengan seseorang yang berlainan agama dengan islam. Bukan sahaja menukar jantina, malah berkahwin dengan LELAKI (kristian). Sepertimana yang kita tahu jika seseorang bukan islam mahu berkahwin mahu berkahwin dengan islam, maka mereka perlu menukar agama mereka dahulu. Namun, berlainan pula dengan kes Fazdil. Masing-masing masih kekal dengan agama masing-masing. Yang lebih mengejutkan, kenyataan si fazdil,

"Sejahil-jahil saya, insya-Allah datang UK ni, saya solat, puasa tak pernah tinggal, pasal hal keseksualan saya, biarlah Allah yang tentukan." link




Chef, si Fatine ni ada facebook tak?

Terima kasih atas pertanyaan anda. Dia ada facebook dan juga fan page 

Chef, mengapa chef bagi link untuk si fazil ini?

Hurm, penulis mahu pembaca membuka mata mereka. Penulis bukan mahu mencela golongan ini. Tetapi, kita masih tidak sedar berkenaan realiti dunia pada masa sekarang. Jika anda membuka fan page dia, anda akan lihat, ada sebahagian menyokong, dan ada sebahagian menentang. Anda digolongan mana?


Bagi kaum adam yang berada diluar sana itu, jagala ke `Handsome an` anda. Manakala bagi kaum hawa, jagala Kecantikan anda. Bersyukurlah atas ciptaan pencita kita. DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. wassalam


Nota kaki
  1. Mungkin satu hari nanti, kita perlu lebih berhati-hati ketika kahwin, masakan tidak, bayangkan jika pasangan kita adalah satu jantina dengan kita?
  2. Jangan cepat berbangga diri atas kelemahan orang lain. Mungkin satu hari nanti, perkara yang lebih keji yang akan kita lakukan.

Senin, 13 Juni 2011

ikan Jatuh dari langit ..

dari langit Australia...

Jom Baca.....


GAMBAR yang dirakamkan oleh Christine Balmer dan disiarkan oleh sebuah akhbar menunjukkan sejumlah ikan yang gugur dari langit di Lajamanu, Australia.

LAJAMANU, Australia - Seramai 650 penduduk di sebuah kawasan pedalaman Australia, Lajamanu seolah-olah tidak dapat berkata-kata apabila beratus-ratus ekor ikan jenis spangled perch gugur dari langit, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian itu mengejutkan salah seorang penduduk tempatan, Christine Balmer yang sedang berjalan pulang ke rumahnya apabila hujan ikan itu berlaku baru-baru ini.
"Beratus-ratus ekor ikan jatuh di merata-rata tempat. Penduduk berlari ke sana sini untuk mengutipnya. Semua ikan masih hidup semasa jatuh ke tanah.
"Justeru, ia semestinya masih hidup sewaktu 'terbang' di udara. Apabila saya memberitahu keluarga yang tinggal di tempat lain di Australia, mereka kata saya merepek.
"Sedangkan saya tidak. Apa yang boleh saya perkatakan ialah saya bersyukur tidak dihujani dengan buaya!," kata Balmer.
Seorang ahli meteorologi menyatakan insiden itu mungkin disebabkan oleh puting beliung.
Bukan sesuatu yang aneh bagi puting beliung untuk menyedut air dan ikan dari sungai sebelum menjatuhkannya pada jarak ratusan kilometer jauhnya.
"Sebaik sahaja ikan-ikan itu masuk ke dalam sistem cuaca, ia mungkin beku. Selepas beberapa tempoh, ikan-ikan tersebut 'dilepaskan'," kata Mark Kersemakers dari Biro Meteorologi Australia.
Lajamanu terletak di antara Darwin dan Alice Springs di hujung Gurun Tanami.
Ini bukanlah kali pertama bandar kecil itu mengalami kejadian ikan gugur dari langit.
Menurut seorang penduduk, Les Dillon yang berusia 48 tahun, pada awal tahun 1980-an dia berada di Hotel Alice Springs Tavern.
Apabila keluar dari biliknya, dia melihat ikan-ikan kecil jatuh dari langit.
"Ya, memang saya ada minum beberapa gelas bir. Jadi tiada seorang pun rakan yang mempercayai saya.
"Saya terpaksa menelefon ramai orang untuk memberitahu bahawa saya tidak mabuk. Ia (ikan gugur dari langit) benar-benar berlaku," kata Dillon. - Agensi


Hahaha.... cube bayangkan kalau buaya jatuh dari langit? rasanya lagi bagus kot..... leh buat beg kulit, dompet tali pinggang dan sebagainya..... 

Kalau ikan jatuh dari langit kat Malaysia ni, konpem masalah ikan dapat diatasi... hehe




Sebenarnye, penduduk di Australia patut bersyukur... kerana tidak dijatuhkan dengan batu2 api dari neraka yang dibawa oleh burung ababil...... Sesungguhnye jika Allah mahu menurunkan bala, maka terjadila ia... kun fayakun.......Bayangkan tentera Abrahah yang ramai2 itu ( atau boleh dikatakan sebagai tentera bergajah, kalau zaman kita boleh anggap berkereta kebal la ) hancur dengan bala tentera burung yang diutuskan Oleh Allah S.W.T....


Renung2kanlah............

Sabtu, 11 Juni 2011

Kecelakaan Hati Si IBU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Penulis acapkali dikotakkan bahawa, jika si ibu kehilangan suami ( meninggal ), amat sukar bagi si ibu untuk mencari peganti kerana kasih sayang si ibu lebih kepada anak-anak. Berlainan pula dengan si bapa, amat sedikit bilangan mereka mengekalkan kedudaan mereka untuk menumpukan masa kepada anak-anak.


Mungkin masing-masing ada alasannya. bagi si ibu, mungkin, jika dia berkahwin, anak-anaknya akan terabai, manakala bagi si suami, mungkin jika berkahwin, isteri barunya mampu menjaga anak-anaknya( berlainan pula dalam cerita papadom ).

Penulis agak kagum dengan kisah seorang ibu ini. Mampu menbesarkan dan mendidik bukan 8orang anak, bukan 9 orang anak, tetapi............13 Orang.

WANITA yang bernama Noor Jannah Ahmad, 42, sangat bertuah kerana bukan saja mampu melahirkan 13 anak, memiliki empat anak kembar lelaki malah mampu membesarkan semua anaknya dan memberi pendidikan sepenuhnya kepada mereka.

 Menurut pelukis ilustrasi ini, dia tidak pernah merancang memiliki anak ramai, tetapi dibesarkan dalam keluarga besar dengan 12 beradik. Sebagai anak sulung, menjaga adik adalah pengalaman yang amat meletihkan.

"Ketika itu saya bangga dengan mak kerana mampu menjaga kami 12 beradik dalam keadaan serba kekurangan. Jadi saya merancang memiliki empat anak saja apabila berkeluarga," katanya memulakan cerita. 


Belum sempat mengambil Sijil Pelajaran Malaysia, Noor Jannah dikahwinkan dengan lelaki pilihan keluarga. Ketika itu dia berusia 17 tahun dan suaminya 20 tahun.

Namun, dugaan Tuhan datang menimpa ketika anak kedua berusia 30 hari, suami tercinta maut dalam kemalangan jalan raya.

"Betapa luluhnya hati saya mengenangkan anak masih kecil tidak berbapa. Namun, saya reda menerima dugaan Tuhan dengan tabah," katanya.

Empat tahun kemudian dia diduga lagi apabila dipinang untuk menjadi isteri kedua kepada Ahmad Izhar Mohammed Noor oleh ibu mentuanya sendiri. Atas dasar kekeluargaan, dia menerima dengan reda kerana dulu dia adalah anak angkat kepada ibu mentuanya kini.

Selepas dua bulan berkahwin, Noor Jannah disahkan mengandung dan melahirkan anak perempuan, Noor Alifah Ammatillah. Memiliki kesuburan tinggi sama seperti ibunya menyebabkan dia mengandung setiap tahun, hasilnya dia mendapat empat anak lelaki daripada perkahwinan kedua menjadikan jumlah anaknya tujuh.

Oleh kerana sangat sukakan kanak-kanak, dia dan suami sepakat memperoleh seorang lagi anak perempuan untuk kelahiran kelapan termasuk dua anak dengan suami pertama, selepas itu barulah melakukan perancangan keluarga.

"Alhamdulillah selepas melahirkan anak kelapan, saya memperoleh anak perempuan dan ini menguatkan semangat saya untuk merancang keluarga kerana sudah cukup dengan enam lelaki dan dua perempuan. Tambah pula rakan memberikan galakan kepada saya supaya mengambil pil perancang," jelasnya.

Dengan bersusah-payah serta sedikit ilmu yang diperoleh di Internet, Noor Jannah mendapatkan maklumat di Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

"Doktor menyarankan saya mengambil pil perancang Marvelon, namun selepas tiga bulan, darah saya membeku menyebabkan saya mengalami kesakitan teruk.

"Berbekalkan sedikit ilmu saya pergi semula ke LPPKN untuk menukar bentuk perancangan kerana berasakan pil tidak sesuai dengan hormon badan yang sudah melahirkan lapan anak. Kemudian saya disarankan mengambil suntikan setiap sebulan.

"Selepas dua bulan, saya mengalami muntah dan demam yang teruk. Namun, rakan yang pernah mengambilnya mengatakan ini simptom biasa.

"Saya biarkan saja sehinggalah sampai kepada bulan ketiga. Tidak tahan menanggung sakit saya berjumpa doktor, bagaikan dipanah petir mendengar kata-kata doktor yang saya sedang mengandung.

"Mana mungkin mengandung sedangkan saya berusaha untuk mengelak kehamilan. Saya menangis dua minggu kerana penat lelah saya menaiki bas, dengan mengendong anak kecil ke LPPKN, tetapi dibalas dengan perkara yang sangat menduga keimanan saya.

"Ketika itu pula kerjaya sedang berada di kemuncak, ditambah pula tekanan menjadi isteri kedua. Ia sangat menguji kesabaran. Kalau boleh saya mahu berehat dan merancang ekonomi keluarga pula," katanya.

Noor Jannah berasa sangat kecewa kerana Tuhan tidak menolongnya atau memakbulkan doanya, malah diberi ujian baru pula. Dengan penuh rasa kecewa dia berdoa Allah memberikan anugerah terbaik untuk kandungan ke sembilannya ini dan selepas itu dia akan meredai apa yang berlaku.

Ketika menjalani pemeriksaan kandungan 15 minggu, alangkah terkejutnya apabila doktor memberitahu dia bakal melahirkan anak kembar. Ketika itu hati Noor Jannah kembali berbunga dan berasakan inilah anugerah paling bernilai yang akan diterimanya.

Apa yang membuatkan dia lebih terkejut ketika pemeriksaan lima bulan, doktor mengesahkan kandungannya mempunyai tiga denyutan jantung. Paling menghairankan apabila ketiga-tiga janin dalam kantung (rahim) berlainan.

"Ketika itu sayalah orang paling gembira kerana bakal melahirkan anak kembar tiga dan saya mula terfikir mengenai rahmat Allah ini," katanya.

Oleh kerana kes dialami Noor Jannah sangat luar biasa, dia menjadi perhatian pakar perubatan dalam dan luar negara serta ditempatkan di Hospital Selayang selama tiga bulan untuk pemantauan.

Semua pakar berasakan yang Noor Jannah hanya bertahan sehingga tempoh 28 minggu, sekali lagi keajaiban berlaku apabila dia mampu bertahan sehingga 35 minggu dan ini sangat luar biasa bagi ibu mengandung kembar tiga.

Lebih membuatkan mereka terkejut Noor Jannah bukan saja melahirkan kembar tiga seperti diberitahu doktor, sebaliknya kembar empat lelaki.

Walaupun terpaksa menanggung kesukaran membesarkan anak, dia tidak pernah merungut dan sentiasa ikhlas menjaga mereka walau terpaksa berkorban masa dan tenaga.

"Kelahiran kembar empat ini sangat istimewa serta pembawa rezeki kepada saya. Cinta saya kepada Allah semakin kukuh dan dekat. Saya sentiasa berinteraksi dengan-Nya pada setiap waktu.

"Malah kini baru saya sedar semua dugaan yang diberikan ada hikmah di sebaliknya andai kita menjadi insan sabar dan reda dengan setiap dugaan.

"Walaupun serba kekurangan, saya sentiasa reda dan tawakal dengan rezeki yang diberikan. Sedikit, tetapi semua mencukupi. Saya juga mendidik anak berjimat dan mengajar mereka untuk bersama-sama menambah pendapatan," katanya.

Di sinilah bermula perjalanan hidup Noor Jannah yang banyak merubah pandangan orang lain terhadap dirinya. Jika ada berkata gaji kecil tidak cukup untuk anak ramai, dia menyangkal dakwaan itu. Ini kerana dia berjaya mengubah persepsi orang lain terhadap dirinya.

Menurutnya, pada mulanya masyarakat bersimpati kepadanya dengan menghulurkan bantuan apabila mengetahui dia mempunyai 13 anak dengan seorang menghidap penyakit jantung berlubang. Mereka menganggap apabila beranak ramai, bermakna perlu diberi simpati dan dikasihani.

"Pada mulanya saya menerima juga sumbangan orang ramai, tetapi sampai bila? Saya tidak perlu dikasihani kerana saya mampu menjaga anak dengan rezeki yang ada. Bukan bermakna saya ego, tetapi saya tidak mahu masyarakat menganggap, "Oh patutlah kehidupannya begini sebab beranak ramai."

"Saya mahu orang menghormati saya kerana mampu menjaga dan mendidik mereka seperti orang lain," katanya.

Sejak itu, dia berusaha menjadi ibu berilmu dengan meluaskan pengetahuan menerusi pembacaan di Internet. Apa saja dilakukan dia akan membuat kajian terlebih dulu, sehinggakan jenis ubat yang diambil anak-anaknya, Noor Jannah mengambil tahu mengenai kandungan serta kesan yang akan dialami.

Ini membuatkan doktor sendiri kagum dengan pengetahuan yang ada dalam dirinya sehingga melantiknya sebagai rakan hospital di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

"Bayangkan saya hanya memiliki Sijil Rendah Pelajaran, tetapi apabila berbual, ramai menyangka saya berpendidikan universiti kerana setiap perbualan akan saya selitkan dengan bukti serta contoh tertentu," katanya.

Dia juga mahu menukar persepsi orang ramai yang sering menganggap ibu beranak ramai tidak mampu menjadi ibu terbaik.

"Saya mahu menukar paradigma dengan memberitahu kepada semua orang yang saya beranak ramai kerana memiliki pengetahuan dan mampu mendidik anak menjadi insan berguna," jelasnya.

Baginya, tekanan atau tidak bergantung kepada caranya mampu mengendalikan perasaan dan penilaian hidup seharian yang akan mengubah persepsi orang lain terhadapnya.

Kini selepas 24 tahun, Noor Jannah sudah boleh menarik nafas lega kerana dua anaknya sudah bekerja dan mengikut jejak langkah ayahnya dalam bidang penyiaran iaitu sebagai pengarah televisyen serta jurutera bunyi.

Selepas kembar empat berusia sembilan bulan, Noor Jannah mengandung lagi untuk anak ke-13 pada usia 35 tahun dan kini pada usia 42 tahun, dia sangat berbangga mempunyai 13 anak yang bukan saja berdikari, tetapi sangat memahami.

Bagi Noor Jannah, anak inilah harta paling bernilai yang tiada tolok bandingnya. Merekalah yang akan memanjangkan pahalanya selepas dia meninggal nanti iaitu doa anak yang soleh. 


Nama anak: 
1. Muhammad Amirul Muttaqin, 23 (pengarah televisyen dan jurugambar) 
2. Muhammad Amirul Musoddiqin, 22 (jurutera bunyi) 
3. Noor Alifah Ammatillah, 18 
4. Ahmad Aiman Al Mubaraq, 16 
5. Ahmad As'ad, 15 
6. Muhammad Izzat, 13 
7. Muhamamd, 11 
8. Nur 'Umairah, 10, 
9. Ahmad Amjad Azri, 8 
10. Ahmad Amjad Bahzi, 8 
11. Ahmad Amjad Fitri, 8 
12. Ahmad Amjad Ghazi, 8 
13. Nur Asyran Nabihah, 7 


Untuk yang masih belum berkahwin, persiapkan diri anda. Tanggungjawab yang bakal dipikul, amatlah berat. Penulis ingin menekankan, INI BUKAN PERKARA MUDAH!!


Nota kaki :


  1. Jika anda menghayati artikel diatas, Noor Jannah ada menyatakan bahawa, anak inilah harta paling bernilai yang tiada tolok bandingnya. Merekalah yang akan memanjangkan pahalanya selepas dia meninggal nanti iaitu doa anak yang soleh. Penulis tidak mengerti, adakah si pembuang anak ini, tidak menghargai harta? Bukan semua pasangan mempunyai peluang untuk dikurniakan harta yang amat bernilai.
  2. Bagi Kak Hajjar, appreantice mu di sini mungkin tidak berpeluang ke Muar walaupun permintaan ramai disana menantikan kehadiran ku. Semoga urusan perkahwinan akak berjalan lancar.
  3. Penulis masih bersikap kebudak-budakan? mungkin memerlukan masa yang banyak untuk berubah.