Pembunuh perdaya 6,000 wanita
LONDON
- Dengan menggunakan pelbagai laman perkongsian sosial di Internet,
seorang perogol bersiri, Peter Chapman telah memperdayakan lebih 6,000
wanita termasuk gadis dengan menyamar sebagai seorang lelaki kacak yang
tidak memakai baju, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Chapman
yang berusia 33 tahun dan berkepala botak itu mempunyai lebih 6,000
rakan wanita dalam 10 laman rangkaian sosial di Internet seperti
Facebook dan Bebo.
Menamakan
dirinya sebagai Peter Cartwright, dia memberitahu umurnya 17 tahun,
bujang, seorang pembuat tingkap dan DJ sambilan dari Liverpool.
Dia
berjaya menipu seorang remaja berusia 17 tahun, Ashleigh Hall untuk
berjumpa dengannya di Sedgefield pada Oktober tahun lalu.
Lelaki itu yang wajah asalnya memakai cermin mata itu kemudiannya menculik, merogol dan membunuh jururawat pelatih tersebut.
Chapman kemudian mengaku melakukan perbuatan itu ketika dibawa ke balai polis Middlesbrough sehari selepas kejadian.
Dia mula menjalani hukuman 35 tahun penjara kelmarin kerana kesalahan tersebut.
Ashleigh
ada memberitahu ibunya bahawa dia mahu tidur di rumah rakannya
sedangkan dia pergi berjumpa Chapman. Beberapa jam kemudian, mayatnya
ditemui di sebuah jalan ladang. Jurucakap Facebook dalam satu kenyataan
memberitahu: "Kami sangat sedih di atas kematian tragik Ashleigh Hall."
Chapman mempunyai personaliti yang mesra semasa berhubung dalam rangkaian sosial untuk meyakinkan mangsanya.
Dia sebelum ini pernah dipenjara selama tujuh tahun kerana merogol dan merompak dua pelacur.
Bagi
membuatkan gadis-gadis membalas mesejnya, Chapman menghantar mesej
rakan-rakannya yang meletakkan rating pada dirinya sebagai '10 daripada
10'.
Seorang
gadis yang melihat gambar tersebut menghantar mesej: "Wwoooooowwwwww
awak sangat seksi dan hampir membuatkan saya memberikan markah 10."
Malah,
ada beberapa orang gadis yang ditanya dengan soalan-soalan berani
seperti: "Adakah awak akan mengadakan hubungan seks dengan saya pada
malam pertama berjumpa dengan saya?
"Adakah awak kisah jika kita melakukannya seperti seorang bintang porno?"
Seorang
ibu beranak tiga berusia 39 tahun memberitahu Chapman seorang yang
boleh berubah menjadi ganas jika permintaannya ditolak.
"Jika tidak membatalkan perjumpaan dengannya pada saat-saat akhir, dia mungkin telah merogol dan membunuh saya," katanya.
Seorang lagi wanita mengakui dia ada melakukan hubungan seks dengan Chapman hanya selepas beberapa jam berjumpa dengannya.
"Dia (Chapman) memberitahu ada berhubung dengan ramai wanita di Internet, tetapi tidak pernah bertemu dengan sesiapa pun."
Seorang
lagi wanita berusia 46 tahun dari Chippenham juga mendedahkan bahawa
Chapman meminta dia mengajak kawannya untuk melakukan hubungan seks
bersama.
"Saya
memberitahu kepadanya, saya tidak suka. Saya tidak percaya pernah tidur
dengannya. Ia membuatkan saya berasa kotor," katanya yang tidak lagi
berjumpa dengan Chapman dan terkejut dengan berita penangkapannya.
Semalam,
Facebook mengeluarkan amaran dengan menggesa penggunanya supaya tidak
berjumpa mereka yang tidak dikenali dan hanya diketahui menerusi
Internet, selain menjadi lebih berhati-hati.
Ibu
Ashleigh, Andrea meminta ibu bapa untuk bertanya anak-anak dengan siapa
mereka berbual dalam talian. Andrea juga menyatakan adalah terlalu
mudah untuk laman sosial itu disalah gunakan oleh golongan gila seks.
Ibu
kepada orang lagi anak perempuan berumur antara satu hingga enam juga
menegaskan tidak akan membenarkan mereka menggunakan Internet untuk
berbual dengan rakan-rakan kerana risikonya amat tinggi.
Beliau
mengkritik pihak polis kerana gagal memberi amaran mengenai Chapman
selepas penjenayah itu hilang daripada 'radar' mereka selama lebih
setahun.
"Saya
sangat kecewa dengan sistem sedia ada. Sepatutnya ada cara yang lebih
baik untuk memantau para pesalah seks," kata Andrea. - Agensi
GAMBAR menunjukkan antara gadis yang menjadi rakan Chapman di sebuah laman web perkongsian sosial.
Bayangkan...... Renungkan........Jangan sesekali terlampau percaya seseorang daripada alam maya...........
Sebagai renungan bersama....