Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang....
  
”Semua orang tahu bahawa kalau 
meninggalkan solat adalah dosa besar  dan malahan lebih hina daripada 
binatang. Betapa hinanya kita kalau  meninggalkan solat seperti yang 
dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.
Begini kisahnya, pada zaman Nabi
 Musa, ada seorang lelaki yang sudah  berumahtangga, dia tiada zuriat, 
lalu terdetik dalam hati dia (nazar),  “Kalau aku dapat anak, aku akan 
minum air kencing anjing hitam.” Nak  dijadikan cerita, Allah pun 
kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil  dan melahirkan anak. Apabila 
dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.  Dia dah nazar nak kena minum 
air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman 
Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk  umat Nabi Muhammad. 
Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram,  maka tak payah buat 
tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman  Nabi Musa, barang 
siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan  nazar tu. Lalu, si
 lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya  pergilah bertemu 
dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang  terjadi ke atas 
dirinya.
Lalu,
 Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing  anjing
 hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing  anjing 
hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah  air 
yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan  minum 
air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang  diperintahkan 
oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang  meninggalkan 
solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung  rumahnya, lebih 
hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung  rumah, belum 
air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita  suka makan 
masakan ibu/isteri kita.
Jadi,
 kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau  meninggalkan 
solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam  basuhan 
makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan  makanan yang 
dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati  minum air 
tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?
Tapi
 lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik  satu, 
roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat.  Kita
 pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat  nak 
buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa  beratnya 
amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi  Muhammad 
melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai  diutus 
melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda  
berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah  
wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu  
abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar