Tampilkan postingan dengan label Cita-cita. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Cita-cita. Tampilkan semua postingan

Selasa, 05 April 2011

Rahasia Pelajar CemerLang

SENTIASA uruskan masa dengan bijak agar anda boleh mengecapi kejayaan dalam kehidupan.
SENTIASA uruskan masa dengan bijak agar anda boleh mengecapi kejayaan dalam kehidupan.


KECEMERLANGAN merupakan dambaan setiap yang bernama pelajar. Namun, meraih kecemerlangan memerlukan pengorbanan dan ada caranya.
Di sini disertakan beberapa tip untuk menjadi pelajar cemerlang dan seimbang dalam setiap segi.
1. Tentukan visi anda
Sebagai seorang pelajar, anda mestilah memiliki visi yang jelas ke mana hala tuju anda. Tanpanya, seseorang individu akan mudah terlupa ataupun tersasar daripada matlamat sebenar.
Seseorang yang mempunyai visi yang jelas adalah yang berkarisma, menghargai masa, bercita-cita tinggi, berkomitmen tinggi dan pragmatis atau praktikal.
2. Aturkan langkah anda
Susun dan tulis rancangan perlaksanaan visi atau cita-cita mengikut jangka waktu yang anda ingini. Ini akan membantu anda berada 'di atas landasan' dan 'tiba ke destinasi' pada waktu yang telah ditetapkan.
3. Rancang masa depan anda sekarang

KEJAYAAN tidak akan dapat dinikmati sebaik mungkin tanpa kesihatan yang baik.


Membuat pilihan yang bijak di usia muda dan mula merancang pelan hidup seawal mungkin dapat membantu anda mengelakkan kegagalan atau kekecewaan dalam hidup.
4. Luangkan masa untuk bertindak
Setiap manusia diberikan 24 jam setiap hari, hanya yang bijak mampu menggunakan waktu tersebut sebaik mungkin. Uruskan masa dengan bijak. Buat jadual harian, luangkan masa untuk membaca, beri sedikit masa untuk beriadah, sentiasa meluangkan masa untuk merealisasikan visi anda.
5. Konsisten dan jangan mudah mengalah
Percaya teguh kepada diri sendiri. Jangan biarkan kegagalan kecil mematahkan semangat anda! Mudah mengaku kalah kepada diri sendiri adalah mereka yang tidak akan berjaya dan kurang percaya kepada kemampuan diri sendiri.
6. Tumpukan perhatian kepada matlamat anda
Jangan biarkan diri anda leka dengan gangguan-gangguan persekitaran: pengaruh rakan sebaya, aktiviti yang melalaikan dan masalah remeh temeh. Sentiasa fokus kepada apa yang anda mahu iaitu mahu berjaya!
7. Percaya kepada pertolongan Tuhan dan usaha sendiri
Allah menciptakan setiap manusia untuk berjaya di muka bumiNya, bukan untuk menemui jalan gagal. Namun begitu, untuk mengecapi kejayaan, manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa percaya kepada pertolongan Allah.
8. Solat dan doa
Solat dan berdoa adalah cara bagi manusia untuk berhubung dengan Tuhan. Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah universiti antarabangsa membuktikan bahawa berdoa dapat memberi kekuatan mental dan fizikal pesakit bagi menyembuhkan penyakit kritikal.
SETIAP remaja yang ingin mengecapi kejayaan perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh.


9. Pupuk perasaan cinta dan jangan membenci
Perasaan cinta membantu anda untuk berjaya dan membawa ke tahap yang lebih tinggi. Jangan sesekali membenci orang lain, walaupun mereka pernah melakukan kejahatan kepada anda.
10. Belajar daripada kesilapan
Manusia yang bijak adalah mereka yang mengaku kesilapan sendiri dan belajar memperbetulkannya. Kesilapan bukanlah suatu kegagalan, sebaliknya permulaan kepada sebuah kejayaan. Belajarlah daripada kesilapan sendiri dan juga kesilapan orang lain. Jangan biarkan ia berulang.
11. Sokongan keluarga yang kuat
Ibubapa adalah tunjang kepada kejayaan anak-anak dan begitulah sebaliknya. Kebanyakan kegagalan remaja hari ini berpunca daripada masalah keluarga di rumah yang disebabkan oleh pertelingkahan ibu bapa.
12. Berkawan dengan ramai orang
Tidak salah berkongsi masalah dengan rakan-rakan, tetapi perlu berhati-hati dalam memilih kawan yang sesuai. Individu berjaya selalunya mempunyai ramai kawan.
13. Gambarkan destinasi kejayaan anda
Realiti tidak akan tercipta tanpa fantasi. Tidak salah menjadi Mat Jenin. Setiap kejayaan bermula dengan cita-cita dan angan-angan.
14. Berdisiplin
Individu yang berdisiplin adalah individu yang sentiasa proaktif dan tidak gemar 'curi tulang'.
15. Amalkan gaya hidup sihat
Kejayaan tidak akan dapat dinikmati sebaik mungkin tanpa kesihatan yang baik. Bersenam dan jaga pemakanan untuk mengekalkan kesihatan dan menghindari penyakit-penyakit berbahaya.
16. Sentiasa jujur
Jangan suka berbohong dan berpura-pura. Jadilah manusia yang baik, jujur dan telus. Kejayaan tidak bermakna sekiranya terhasil dari usaha yang tidak jujur dan penuh dengan tipu muslihat.
17. Hargai masa
Masa hendaklah sentiasa dimanfaatkan dengan melakukan perkara-perkara yang hanya membawa kebaikan kepada diri kita dan orang di sekitar.
18. Sayangilah diri anda sendiri
Jangan terlalu fokus kepada "ketidaksempurnaan" atau kelemahan anda. Sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.
19. Jangan sentiasa mengutamakan diri sendiri
Berusaha mengecapi kejayaan tidak bermakna anda hanya harus mengutamakan diri anda sendiri setiap masa. Membantu orang lain untuk berjaya adalah satu ibadah dan dapat membantu kejayaan diri anda juga. Jangan sekali-kali tamak pada kejayaan.
20. Sentiasa di kalangan orang-orang yang berjaya
Bergaul dengan orang-orang yang berjaya atau mahu berjaya dapat membantu seseorang itu untuk mencapai kejayaannya sendiri. Perolehi inspirasi daripada kejayaan orang lain. Banyakkan membaca buku tentang tokoh-tokoh ternama yang telah berjaya dalam hidup mereka.
Jadikan kejayaan mereka sebagai panduan untuk terus mencapai kegemilangan.
Sebenarnya kita semua tahu rahsia ni..... tapi kita kekurangan dalam tindakan...... action is louder than word...Kalau nak berjaya, usaha itu amatlah penting. Semuanya terpulang kepada kita. Allah tak akan ubah sesuatu kaum itu sehinggalah kaum tersebut cuba untuk berubah..... insyaAllah...

Jumat, 04 Februari 2011

Untuk Renungan Bersama



Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " 
Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = "
 Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah 
MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?" 
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " 
Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah 
MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama". 

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = "
 Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka." 

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = "
 Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah 
MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah." 

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun" 
Imam Ghazali =
" Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah 
MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat " 

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = "
 Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah 
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri " 





masih belum terlambat untuk kita untuk berubah..... biarla hari esok lebih baik daripada hari ini.... insyaAllah......
Tanamkan Ia sebagai cita2 kita.....