Rabu, 27 Juli 2011

Mari Kita Ubah Pikiran Kita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi

Sudah hampir dua minggu pelajar baru mendaftarkan diri di Universiti Sains Malaysia. Manakala, bagi pelajar tahun ke dua dan tahun-tahun seberikutnya, sudah genap seminggu kita berada di universiti kita.

Namun begitu, bagaimana dengan niat kita? nawaitu? Masih bersemangat seperti mana pada waktu kita mula menjejakan kaki kita di Universiti?

Berdasarkan pemerhatian saya, situasi Mahasiswa kini seberti berikut :


Sebelum 
Semasa Si A ini mendapat tawaran untuk masuk ke universiti, bukan main seronok beliau rasa. Telefon bimbit digenggaman. Banyak pesanan ringkas yang dihantar kepada kawan-kawan untuk menanyakan apa perkembangan mereka. Contohnya :

A : Salam. aku dapat tawaran masuk ke Universiti Sekian Sekian. Awak pulak macam mana? Dapat kat mana?
B : Tahniah. aku plak dapat tawaran ke Universiti Sekian Sekian. Tau tak polan bin polan tu dapat kat mana?

(mesej ni berlarutan....., gaya tulisan tidak semestinya seperti begini)

Itu baru sahaja di talifon bimbit. Itu tidak termasuk lagi dengan FB, Tweeter, Blog dan sebagainya



Semasa

Usai sahaja masuk ke universiti semestinya banyak tugasan yang diberi. Program yang diikuti dan sebagainya. Ada yang Aktif, ada juga yang pasif. Hal ini terpulang kepada mereka untuk membentuk diri mereka. Jikalau mereka rajin, banyaklah pengetahuan yang diperolehi. Namun begitu, kadang-kadang kita lesu. Mungkin emosi tidak stabil dan sebagainya. Sentiasa menantikan hari cuti. Tujuannya hanya satu. Untuk pulang ke kampung halaman bagi mereka yang berjauhan dengan keluarga.
(Terdapat juga beberapa golongan yang menghabiskan cutinya di Universiti kerana mengikuti program universiti)


Selepas

Konteks selepas ini, saya suka lagi tekan kan kepada mahasiswa yang sudahpun belajar selepas seketika di Universiti. Apabila tamatnya cuti kebanyakkan mereka lebih suka mengeluh.

Ah...... Cuti dah habis... kena masuk belajar balik......
(Dialog bebas... Setiap orang ada dialog yang tersendiri)


Apa yang penting?

Sikap. berapa lama pun kita cuti, jika mempunya sikap untuk terus belajar, kita tidak akan ketinggalan. Walau diberikan cuti hanya seketika, kita akan merasa puas. Sikap untuk perbaiki diri mampu menambahkan corak dalam diri kita. Mungkin kita boleh set kan semula minda kita seperti mana pada waktu mula-mula menjejakkan kaki ke universiti? Perasaan seronok, teruja , ingin tahu semestinya akan menerjah semula dalam diri kita ini. InsyaAllah.....



Jejak Jari :
  1. Merasakan Latihan Industri selama 4 bulan masih tidak mencukupi. Masih rasa dahagakan ilmu yang boleh dipelajari
  2. Minggu depan senior-senior akan bergraduasi. Selamat mencurahkan khidmat kepada masyarakat kepada mereka yang sedang bekerja.
  3. Kepada pensyarah ku, semoga ibu kamu cepat sembuh. Banyak-banyak berdoa .
  4. Printer. Mahu  dibeli atau tidak? (masih buntu............)

Kamis, 14 Juli 2011

Antara Jaminan manusia dan jaminan Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kali ini ku ingin anda merenung seketika. Antara jaminan manusia dengan Allah, yang mana satu akan anda pegang? Sila baca ~~INI~~ (Link dari Berita Harian sepertinya sudah dilupuskan)

Surah Al-Maidah ayat yang ke 50

 Terjemahannya : Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki? (hukum) Siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang meyakini (agamaNya)?




Jejak Jari :

  1. Ini bukan Blog politik. Tetapi ku ingin mendengar Luahan Pembaca. Berikan pendapat yang bernas agar kita boleh sama-sama menjana pemikiran yang hebat. InsyaAllah.... =)
  2. Selamat Bergraduasi kepada semua senior ku =) Semoga Anda berjaya di Dunia Luar =)
  3. Hati Gembira melihat gambar tunang, berita tentang pertunangan para sahabat. Semoga dipermudahkan Jodoh. Ini doa dari ku =)

Minggu, 03 Juli 2011

Kalau Tak Solat

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang....



”Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada binatang. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.
Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?
 
Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”



Jejak Jari :
1. memerlukan kekuatan baru untuk teruskan kehidupan yang semakin mencabar.
2. Teringin menjadi seorang yang lebih baik berbanding sekarang........hurm..... Dugaan......
3. Tak dapat mengelak makan kat luar..... Manusia zaman sekarang banyak yg mengejar dunia hingga lupa nak laksanakan kewajipan mereka sebagai umat islam.... =,=