AssaLamu'alaikum wr.wb ..
Disini penulis ingin kongsikan sebuah cerita yang penulis agak suka. Hal ini kerana, adanya unsur pengorbanan. Mampukah kita melakukan perkara yang sedemikian?
Nabi Musa a.s mengabulkan permintaan orang itu.
Disini penulis ingin kongsikan sebuah cerita yang penulis agak suka. Hal ini kerana, adanya unsur pengorbanan. Mampukah kita melakukan perkara yang sedemikian?
Suatu
hari Nabi Musa a.s sedang berjalan-jalan melihat keadaan umatnya. Nabi
Musa a.s melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari
500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa a.s
kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah
itu bertanya kepada Nabi Musa a.s, "Wahai Musa a.s! aku telah beribadah
kepada Allah s.w.t selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di
manakah Allah s.w.t akan meletakkanku di Syurga-Nya?. Tolong sampaikan
pertanyaanku ini kepada Allah"
Nabi Musa a.s mengabulkan permintaan orang itu.
Nabi Musa a.s kemudian bermunajat memohon kepada Allah s.w.t agar Allah
s.w.t memberitahukan kepadanya di mana umatnya ini akan ditempatkan di
akhirat kelak. Allah s.w.t berfirman, "Wahai Musa (a.s) sampaikanlah
kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling
dalam". Nabi Musa a.s kemudian mengkhabarkan kepada orang tersebut apa
yang telah difirmankan Allah s.w.t kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut.
Dengan perasaan
sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa a.s. Malamnya ahli ibadah itu
terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir
bagaimana dengan keadaan
saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah
selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak
dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat. Keesokan harinya
ia menjumpai Nabi Musa a.s kembali.
Ia
kemudian berkata kepada Nabi Musa a.s, "Wahai Musa a.s, aku rela Allah
s.w.t memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu
permohonan. Aku mohon agar setelah
tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini
sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku
jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya". Nabi Musa a.s
menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah s.w.t.
Setelah
mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT
berfirman, "Wahai Musa (a.s) sampaikanlah kepada umatmu itu bahawa
sekarang Aku akan menempatkannya di Syurgaku yang paling tinggi".
sumber: 1001 Kisah Teladan dan Portal Web Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)